seismik

Kanak-Kanak Palestin Ini Masih Boleh Tersenyum Sebab Dapat Selamatkan Barang Makeup

Alahai, sedih pula tengok.

Cover image via @bouchra_kd1 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berita tentang pengeboman di Palestin sememangnya menyayat hati semua orang

Tambahan lagi selepas melihat gambar-gambar dan video yang dikongsikan di media sosial. Ramai penduduk yang tidak bersalah meninggal dunia, rumah mereka hancur dan terpaksa melarikan diri untuk bersembunyi.

Tular sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang masih boleh tersenyum walaupun rumahnya sudah hancur dibom.

Gembira sempat selamatkan alat solek meskipun rumah hancur

Menerusi video tersebut, kanak-kanak perempuan Palestin berkenaan ketika itu sedang bersama dengan seorang pemuda.

Dapat dilihat dibelakangnya bangunan-bangunan habis musnah selepas dibom oleh tentera Israel.

Namun begitu, dia masih boleh tersenyum dengan keadaan terbabit kerana sempat menyelamatkan alat soleknya. Dia juga sempat bergurau dengan menyoleknya pada pemuda berkenaan.

"Sekurang-kurangnya dia dapat hilangkan rasa takut sebentar" - Netizen

Sementara itu, tinjauan diruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka selepas melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 511.8K views, 66.8K likes dan 1,149 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

Dalam keadaan sedih tu, dia masih boleh tersenyum :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: