seismik

Google Home 'Diam' Lepas Ditanya "Apa Itu Palestin?", Netizen Turut Kongsi Benda Sama

Macam itu pula.

Cover image via @nani.roc (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sekarang ini sedang hangat isu mengenai konflik di antara Palestin dan Israel

Terdapat banyak perkongsian gambar dan video yang menyayat hati di media sosial mengenai keadaan terkini di Palestin.

Namun, kecoh baru-baru ini apabila seorang wanita berkongsi tentang sebuah alat Google Home yang tidak mahu memberikan informasi mengenai Palestin.

Lihat video itu di bawah:

@nani.roc

Usually if this thing wouldn’t be able to give us an answer or couldn’t understand us, it will always respond. It never just shutdown like this. Let’s keep visible since there’s so much effort to wipe out even through smart (stupid) home devices?! This is madness. We’re still dumbfounded

original sound - Nani Roslan

Jawab bila ditanya mengenai Israel, tapi diam bila ditanya tentang Palestin

Pada awalnya dia bertanya "apakah itu Israel?" Dapat dilihat, alat itu memberi jawapan dan informasi mengenai Israel.

Dia kemudian bertanya "apakah itu Palestin?" Namun, alat itu tidak memberi sebarang respon dan jawapan. Malah, ia dilihat terpadam dengan sendirinya.

Dia mencubanya beberapa kali tetapi tetap berlaku perkara sama iaitu tiada sebarang respon. Oleh kerana ada yang mendakwa ia mungkin rekaan, dia membuat satu lagi video bagi membuktikan ianya benar.

Lihat video sambungan di bawah:

@nani.roc Replying to @Sing-Garung original sound - Nani Roslan

"Google aku pun keluar, terkejut aku wey" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan  respon mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 811.2K views, 42.7K likes dan 753 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Hmm, ada yang alami benda yang sama tak?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: