Kaunter Buka Banyak Tapi Tak Ada Yang Jaga, Mana Pergi Kakitangan Kerajaan?
Lamalah nak menunggu tu.
Banyak kes dan perkongsian membabitkan sikap kakitangan kerajaan dikongsi dalam media sosial
Antara yang menjadi isu dan perbualan hangat adalah ramai yang mendakwa mereka suka mengambil sikap sambil lewa semasa waktu bekerja.
Contohnya seperti pembukaan di kaunter-kaunter pusat kerajaan sehingga menyebabkan ada yang terpaksa menunggu berjam-jam dek kerana ketiadaaan orang.
Begitulah yang dihadapi oleh wanita ini apabila dia menunjukkan tiada petugas yang menjaga kaunter semasa waktu bekerja telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Hairan kaunter buka banyak tapi tak ada orang
Menerusi video tersebut, wanita berkenaan ketika itu sedang berada di sebuah jabatan kerajaan atas beberapa urusan.
Kelihatan beberapa kaunter dibuka namun tiada petugas yang menjaganya. Dapat dilihat juga beberapa individu yang sedang menunggu.
Situasi itu membuatkan dia merasa kecewa kerana ia adalah waktu bekerja dan sepatutnya ada petugas yang menjaga.
"Tekan fire alarm nanti ramai keluar" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 234.5K views, 2,218 likes dan 1,447 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!