Rakyat Marah Nombor Giliran Kaunter Imigresen Cepat Habis, Dakwa Hanya 90 Nombor Sehari?
Susahlah nak berurusan kalau macam ini.
Isu kehabisan nombor di kaunter pejabat urusan selalu menjadi bualan dalam kalangan netizen
Iyalah, mana tidaknya ada yang beratur daripada pagi untuk menunggu giliran mereka, tiba-tiba dimaklumkan nombor sudah habis atau setakat itu saja masa operasi mereka. Siapa saja tidak marah kan kalau macam ini.
Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan segelintir rakyat di sebuah pejabat imigresen marah selepas diberitahu nombor giliran sudah habis telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Kaunter buka jam 8.00 pagi, jam 8.15 pagi nombor sudah habis
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu berkongsi pengalamannya ketika dia berada di sebuah pejabat imigresen.
Namun begitu, individu berkenaan merasa kecewa dan hampa dengan servis yang diberikan tempat tersebut.
Difahamkan, dia terpaksa pulang disebabkan nombor yang sudah habis. Dapat dilihat juga pegawai yang bertugas memberikan penjelasan kepada pelanggan yang hadir mengenai kuota mereka.
"Kalau macam ni baik buat online appointment" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka dan ada juga yang meluahkan perasaan sama.
Ketika artikel ini ditulis video berkenaan telah meraih 928.7K views, 7,360 likes dan 1,403 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!