seismik

[VIDEO] Gadis Tekan Kalkulator Dengan Laju, Komen 'Gatal' Dalam Live Pula Buat Ramai Geli

Macam tu je dia kira.

Cover image via @callmeyid (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang yang bekerja pasti kadangkala ada yang berasa bosan kerana seharian duduk di dalam pejabat betul tak?

Sebab itu, ada yang mengambil kesempatan untuk melakukan beberapa aktiviti ringkas bagi menghilangkan bosan mereka disamping dapat lebih fokus kerja selepas itu.

Baru-baru ini, tular sebuah video seorang gadis membuat live TikTok sambil bekerja telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Orang lain fokus tengok cara dia tekan kalkulator, tapi ada pula fikir lain

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang bekerja sambil dia membuat live TikToknya.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia dilihat menekan kalkulator sambil mengira dengan begitu laju sekali.

Dalam pada itu, semua orang asyik melihat kecekapan dia menggunakan kalkulator, ada juga komen yang berbaur lucah di dalam komennya itu.

Komen-komen itu kemudian mendapat kecaman ramai yang menganggap ia sangat tidak patut dan jauh sekali pemikiran mereka.

"b-d-h laki pervert yang komen dalam tu" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 494.1K views, 3,386 retweets dan 7,361 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Orang tu tekan kalkulator pun lain yang difikirkannya, haih :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: