seismik

Isteri Hamil Mengidam Nak Bau EX-BF, Rupa-Rupanya Anak Yang Dikandung Bukan Benih Suami

Mesti sedih gila suami dia.

Cover image via @MarhaenMy (Twitter) & Homage (Gambar Sekadar Hiasan)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, wanita yang mengandung akan mempunyai rasa 'mengidam' mereka

Hal itu, menyebabkan para suami harus turuti apakah yang diidamkan oleh si isteri mereka. Ada sesetengah wanita mengandung kadangkala mengidam benda yang berada di luar jangkaan suami.

Baru-baru ini, tular di sebuah ciapan di Twitter apabila seorang lelaki berkongsi keadaan isterinya yang sedang hamil mengidam bau bekas kekasih telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat ciapan itu di bawah:

Tak sangka rupa-rupanya anak bukan benih suami

Menerusi ciapan tersebut, pengguna Twitter itu berkongsi satu screenshot di mana seorang lelaki berkongsi apabila isterinya yang sedang hamil mengidam untuk bau bekas kekasih.

Pada awalnya, si suami sangka isterinya hanya bergurau, tetapi si isteri nekad untuk menyuruh suaminya mencari wangian yang dipakai oleh bekas kekasihnya.

"Isteri aku punya gila dia masa mengandung dia mengidam minta nak bau ex boyfriend dia. Masa dia cakap aku ingat gurau rupa-rupanya betul serius"

"Aku cakap beritahu lah wangian jenama apa ex dia pakai biar aku cari. Isteri aku cakap dia tak tahu tapi still boleh ingat bau tu," tulisnya.

Disebabkan kasihan dengan anak yang dikandungkan oleh isterinya itu, si suami sanggup menghabiskan wang untuk membeli segala jenis wangian. namun, isterinya masih tidak berpuas hati sehingga tarik muka.

Luahan lelaki itu kemudiannya menjadi tular di media sosial dan difahamkan rupa-rupanya, isterinya pernah curang dan hamil anak kepada bekas teman lelaki tersebut.

Anda boleh baca cerita penuh pengakuan itu di bawah ini:

"Panjang kisah confessor ni di IIUM Confession. Dah bercerai dah pun dan confessor dah kembali bahagia" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib lelaki tersebut dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 3,097 retweets, 1,624 quotes tweets dan 6,690 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Aduhai, plot twist betul kisahnya. Tak sangka :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: