seismik

Luah Dapat Suami Pengotor, Wanita Minta Pendapat Netizen Macam Mana Nak Tegur

Baru je kahwin pula tu.

Cover image via @ConfessTweetMY (Twitter) & Mantra Suka Bumi

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Alam perkahwinan bukanlah mudah seperti yang kita sangka

Anda dan pasangan harus memainkan peranan masing-masing dan paling penting adalah bertolak-ansur antara satu sama lain, barulah bahagia.

Sudah tentu dalam sesebuah rumah tangga pasti akan ada salah faham. Sebab itulah pentingnya berkomunikasi dengan pasangan anda untuk menyelesaikannya.

Namun, baru-baru ini tular sebuah posting di Twitter memaparkan luahan seorang isteri mengenai perangai suaminya yang pengotor telah mencuri perhatian ramai.

Lihat posting itu di bawah:

Luah geli dengan perangai pengotor suami

Menerusi posting tersebut, kelihatan akaun @ConfessTweetMY berkongsi satu screenshot luahan hati seorang wanita yang juga merupakan seorang isteri.

Wanita itu meluahkan tentang perangai suaminya yang pengotor kerana tidak menjaga kebersihan.

"Tuala basah campak atas tilam, kencing bersepah bertitis atas tempat duduk toilet dan kahak kat sinki. I geli. Faham tak? Kadang tak bercakap pun dengan dia sebab marah sangat," luahnya.

Posting itu ternyata mendapat perhatian ramai netizen yang memberikan pendapat buat wanita tersebut.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Huff Post

"Okay now u people have to tell me macam mana nak detect partner yang pengotor during dating because this is nightmare" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi dan pandangan mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 3,792 retweets, 1,998 quotes tweets dan 9,277 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Lebih baik bincang dan tegur elok-elok. Betul tak? ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: