seismik

"Dah Macam Housemate" - Wanita Luah Rasa Kecewa, Suami Terlalu Berkira Duit

Tak bestlah macam ni.

Cover image via @frappucino42 (TikTok) & Pesona Pengantin

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebagai pasangan suami isteri, tentunya banyak cabaran yang akan dihadapi bersama

Tetapi, itu bukanlah penyebab anda berdua tidak boleh membaikinya untuk ke arah lebih baik. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya betul tak? Janganlah biarkan salah seorang saja yang menyelesaikannya.

Namun, lain pula dengan video ini apabila seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewanya terhadap suaminya yang terlalu berkira telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@frappucino42 Its hurts than u see. #fyp suara asli - FHM14

Kecewa apabila semua benda kena bahagi dua

Menerusi video tersebut, pengguna akaun @frappucino42 berkongsi rasa kecewanya terhadap si suami yang terlalu berkira dengan semua perkara.

Dia menyifatkan suaminya itu menganggapnya seperti housemate kerana semua benda perlu dibahagikan kepada dua.

Perkara itu membuatkan wanita berkenaan sedih terhadap layanan yang diberikan si suami itu.

"Sewa dan bil rumah bahagi 2"
"Barang rumah bahagi 2"
"Makan sendiri-sendiri, shopping sendiri-sendiri"
"kereta nama isteri, so isteri bayar, lelaki tak ada kereta"
"Minyak kereta isteri bayar"
"Keperluan seperti ubat isteri beli"
"Suami suka makan apa makanan isteri beli"
"Nafkah tidak diberi", tulisnya.

"Itu bukan suami, kalau suami ada tanggungjawab" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai pandangan dan reaksi mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 694.8K views, 48.6K likes dan 3,017 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Kesian juga dengar cerita dia, moga ada jalan penyelesaian buat mereka berdua :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: