"Suara Legend" - Netizen Teruja Rupanya Ini Pemilik Sebenar Suara Doraemon Versi Melayu
Suara yang sangat limited.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Siri animasi popular Doraemon merupakan kegemaran kanak-kanak ketika dulu
Pasti kita juga adalah salah seorang peminat animasi ini bukan? Siapa saja yang tidak mengenali Doraemon. Bahkan, sehingga sekarang kartun itu tetap ditonton oleh generasi kini.
Namun, tahukah anda disebalik pemilik sebenar suara Doraemon adalah seorang wanita? Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang wanita meniru suara tersebut telah menjadi tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ramai teruja lihat pemilik sebenar suara kartun tersebut
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita itu dikenali sebagai Ruhaiyah Ibrahim sedang berada di sebuah kawasan yang tidak dikenal pasti.
Dia mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Amal Malaysia kerana telah membantu rumahnya yang terkena musibah banjir di Kampung Kerling, Hulu Selangor tempoh hari.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah dia mengucapkan terima kasih itu dalam suara Doraemon kerana dialah pemilik sebenar pengalihan suara dalam Bahasa Malaysia itu.
Ruhaiyah Ibrahim ialah seorang pelakon suara Malaysia yang terlibat dalam alih suara bahan televisyen dari negara asing. Dia merupakan pelakon suara bagi watak utama dalam versi bahasa Malaysia bagi siri anime Jepun Doraemon.
"Suara yang mewarnai zaman budak-budak pukul 7 tunggu depan TV" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut teruja melihat pemilik sebenar suara itu dan memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 368.1K views, 41.6K likes dan 633 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!