seismik

[VIDEO] "Ini Mama" - Mak Ada Adik Beradik Kembar, Anak Pula Keliru Mana Satu Yang Betul

Anak dia pun pening.

Cover image via @ameeraazmannn (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mempunyai adik-beradik muka kembar sememangnya unik

Sudah tentu, ramai yang akan keliru untuk mengenali nama masing-masing kerana mereka mempunyai wajah yang sama. Kadangkala sampai tersalah orang.

Sama seperti video ini yang memaparkan seorang anak tersilap ibu kerana pergi ke kembar ibunya telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tersilap ibu, ingatkan kembar adalah ibunya

Menerusi video tersebut, kelihatan dua beradik kembar sedang berada di luar kawasan rumah mereka.

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah kembar wanita itu sengaja mendukung budak tersebut untuk mengetahui sama ada dia tahu atau tidak yang mana satu ibunya.

Difahamkan, si ibu adalah tudung yang berwarna maroon. Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah sebaik saja si ibu yang betul mahu mengambilnya, budak itu menangis kerana memikirkan ibu kandungnya adalah yang sedang mendukungya.

"Bukan budak tu je confuse, dengan aku sekali confuse" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut keliru melihat wajah mereka kerana sama.

Ketika artikel ini diulis, video berkenaan telah meraih 391.7K views, 30K likes dan 286 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Memang boleh silap orang lepas tengok muka diaorang ni :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: