seismik

"I Respect Malaysian Culture" - Jawapan Mat Salleh Ditanya Pakai Bikini Jadi Perhatian

Thumbs up!

Cover image via @elvirademchaa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sektor pelancongan di Malaysia adalah salah satu industri yang menjadi perkara penting dalam pembangunan negara

Malaysia dikenali dengan pelbagai budaya dan bangsa. Tambahan lagi, makanannya yang enak sering menjadi perhatian ramai.

Jadi, tidak hairanlah kalau kita nampak ramai mat salleh datang Malaysia semata-mata mahu makan atau menggembara dalam negara kita.

Namun, lain pula dengan video ini apabila jawapan seorang mat salleh ditanya berkenaan memakai bikini di Malaysia telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak mahu pakai bikini di tempat awam kerana hormat orang Malaysia

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita mat salleh sedang menjawab pertanyaan salah seorang pengikut di TikToknya.

Dia ditanyakan adakah dia memakai bikini ketika berada di taman tema air di situ. Wanita itu kemudian menjawab dia tidak memakai bikini sebaliknya memakai pakaian renang yang lebih tertutup kerana hormat dengan budaya di Malaysia.

Malah, dia juga memberitahu dia tidak akan memakai bikini ketika berada di tempat awam seperti taman tema dan pantai.

"You're more respectful than some Malaysian" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pujian buatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 401.7K views, 36.3K likes dan 1,315 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik di TikTok:

Bagus dia ada rasa nak hormat budaya dekat Malaysia :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: