seismik

Berdiri Tegak Seorang Diri Atas Jalan Raya, Wanita Misteri Ini Hantui Penduduk Cyberjaya

Seram!

Cover image via @alyshazlkn (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pernahkah anda ternampak atau melihat benda-benda misteri di depan mata? Sudah tentu ia akan menakutkan anda bukan?

Kadangkala sampai rasa nak tercabut jantung kalau terlihat penampakan benda misteri ini. Ada masanya sampai trauma dibuatnya dan tidak mahu berada di tempat itu lagi.

Baru-baru ini, tular sebuah video apabila seorang pengguna TikTok sempat merakam kelibat wanita tersebut yang ditemuinya di tepi jalan telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@alyshazlkn

Siapa lalu cyberjaya petang tadi nampak akak ni? Dia berdiri tegak sorang2 kat atas jalan raya.

Amityville Horror - Scary Halloween Sound Effects - Halloween Sound Effects

Penampakan wanita misteri jadi tanda tanya penduduk

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pengguna TikTok menunjukkan penampakan seorang wanita misteri sering menjadi tanda tanya kebanyakan penduduk di sekitar Cyberjaya.

Apa yang lebih menakutkan adalah wanita berkenaan dilihat berdiri kaku tanpa sebarang pergerakan. Kemunculannya itu secara tiba-tiba telah ‘menghantui’ ramai.

Malah, pengguna TikTok tersebut telah membuat dua kali pusingan untuk melihat keadaan wanita terbabit dan dia masih berada di tempat yang sama.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"I hope she gets the help she needs. Kesian dia" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ada juga yang andaian mengatakan berkemungkinan wanita tersebut mempunyai masalah mental atau menghadapi tekanan hidup.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.7M views, 74.8K likes dan 1,582 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Harap ada orang bantu dan tanya keadaan sebenar akak tu :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: