seismik

Setia Beli Baju Raya Di Mydin, Pemuda Tak Sangka Gurauan Minta 'Sponsor' Jadi Kenyataan

Jimat duit beli baju tahun ni ya.

Cover image via @byzulfadhlizin (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.



Sedar tak sedar, sudah hampir sebulan kita berpuasa dan tidak lama lagi kita bakal menyambut hari raya

Sudah tentu ramai yang sudah membuat persiapan raya seperti membeli baju raya, kuih raya dan sebagainya betul tak?

Selepas dua tahun tidak dapat beraya di kampung halaman, akhirnya kini kita boleh menyambutnya bersama sanak-saudara.

Baru-baru ini, tular sebuah posting di Twitter memaparkan seorang pemuda berseloroh dengan pihak Mydin telah mencuri perhatian ramai.

Lihat posting itu di bawah:

Tak sangka Mydin betul-betul sponsor baju raya

Menerusi posting tersebut, pemuda yang dikenali sebagai Zulfadhli Zin itu berkongsi dia pada awalnya hanya membalas antara baju raya yang menjadi pilihannya sekeluarga kepada salah seorang pengguna Twitter.

Dia kemudian sengaja membuat satu ciapan lagi dan memberitahu pihak Mydin yang dia dan keluarganya selalu membeli pakaian raya di situ dari songkok hinggalah samping. Malah, dia juga sempat bergurau dengan mengatakan Mydin patut menajanya kerana itu.

Siapa sangka gurauan tersebut akhirnya menjadi kenyataan selepas pihak Mydin menghubungi dirinya melalui Direct Message (DM) di laman Twitter. Mereka berbesar hati memberi tajaan sebanyak 10 set baju raya kepada pemuda itu atas kesetiaan mereka sekeluarga.

Namun, pemuda berkenaan memberitahu dia mengambil keputusan untuk memberikan baju-baju tersebut kepada golongan mualaf dan yang kurang berkemampuan. Dia juga meluahkan rasa terima kasihnya kepada pihak Mydin.

Lihat sambungan posting itu di bawah:

"Min nak bagi dekat dia tapi dia tak nak. Dia nak sumbang dekat mualaf. Terbaik!" - Mydin

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji tindakannya itu yang memberikan baju kepada golongan lebih memerlukan.

Ketika artikel ini ditulis, posting tersebut telah meraih 1,811 retweets, 54 quotes tweets dan 4,650 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Baik betul hati abang ni. Semoga dipermudahkan segala urusannya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

More stories to read: