YouTuber Ini Dikecam Netizen, Orang Muslim Tapi Cuba Promosi Judi Online Dalam Content
Apa dah jadi?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sebagai umat Islam, kita pasti sudah tahu akan hukum halal dan haram
Malah, kita juga pasti sedia maklum bahawa berjudi itu adalah perkara yang memang dilarang dalam agama sama sekali.
Namun, baru-baru ini tular dakwaan di Twitter seorang YouTuber terkenal telah bekerjasama dengan syarikat judi untuk mempromosikan di laman YouTube telah menarik perhatian ramai.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Syarikat yang menaja video dalam content
Menerusi posting tersebut, kelihatan seorang pengguna Twitter mendakwa YouTuber itu telah berkolaborasi dengan syarikat judi dan mempromosikannya dalam saluran YouTube.
Walaupun ia menjelaskan bahawa penggunaannya hanya untuk mereka yang bukan beragama Islam, tetapi ramai masih terkejut kerana dia tetap mempromosikannya.
Lihat antara posting lain daripada netizen:
"Kaya dulu, halal haram belakang cerita. Ya Allah, jauhkan la fikiran macam ni" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan maklum balas terhadap posting tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 7,303 retweets, 9,739 likes dan 168 comments di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!