[VIDEO] Buat Prank Pegang Tangan Pasangan Orang, Lelaki Ini Tampil Beri Penjelasan Sebenar
Oh, macam itu rupanya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Zaman sekarang, ramai yang melakukan pelbagai content di media sosial terutamanya TikTok
Jika kita buka di aplikasi berkenaan pasti ada saja pelbagai idea content yang mereka lakukan. Contohnya seperti prank.
Tetapi, tular sebuah video di TikTok baru baru ini yang memaparkan seorang lelaki membuat prank memegang tangan pasangan orang lain telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tuan badan tampil beri penjelasan mengenai video itu
Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki itu sedang melakukan prank dengan memegang tangan wanita ketika dia sedang berjalan bersama pasangannya.
Dia kemudian dilihat dimarahi dan hampir ditumbuk oleh pasangan wanita itu. Contentnya itu ternyata mendapat kecaman ramai dan dianggap keterlaluan bagi netizen.
Namun, dia kemudian tampil memberikan penjelasan sebenar dan memberitahu rupa-rupanya itu adalah video lakonan semata-mata. Semuanya telah dirancang dan si wanita tahu bahawa tangannya akan dipegang.
Lihat video penjelasan itu di bawah:
"Buatlah sesuatu yang tak menjatuhkan fitnah" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan padangan mereka mengenai video tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 313.3K views, 12.7K likes dan 1,557 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!