[VIDEO] Call Banyak Kali Tak Jawab, Kedai Ini Kecewa Pelanggan Sanggup Tipu Di Bulan Puasa
Banyak tu makanan dah siap.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti ramai di sini yang banyak mengambil peluang untuk berbuka puasa di luar bersama ahli keluarga atau rakan bukan?
Setelah sekian lama tidak dapat merasainya, tahun ini akhirnya kita semua dibenarkan untuk berbuka di luar. Tentu ramai yang rindu suasana tersebut.
Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini di TikTok memaparkan pekerja kedai kecewa dengan pelanggannya yang tidak datang untuk berbuka telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Makanan dah siap masak untuk iftar, tapi pelanggan tak muncul-muncul
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi kekecewaannya terhadap seorang pelanggan.
Difahamkan, pelanggan yang bernama Ayu itu menempah makanan untuk berbuka puasa di kedainya untuk sembilan orang.
Tetapi, pelanggan itu tidak muncul-muncul walaupun sudah dekat waktu berbuka. Malah, wanita itu mendakwa dia sudah banyak kali menelefon pelanggan itu namun masih tidak dijawab.
Dia kemudian meluahkan rasa sedihnya terhadap sikap pelanggannya itu yang sanggup menipu di bulan yang mulia ini.
"Kak, lain kali minta bayar siap-siap" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenai kejadian itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.5M views, 192.3K likes dan 6,288 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!