seismik

[VIDEO] "Liquid Paper" - Terlalu Cair, Lelaki Ini Kongsi Rupa Tepung Pelita Dekat Bazar

Cair betul dah tu.

Cover image via @twincess_and_lulu (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika kita singgah ke bazar Ramadan, pasti rambang mata dibuatnya kerana terlalu banyak pilihan juadah makanan betul tak?

Malah, bazar Ramadan juga penyelamat buat ibu bapa yang tidak sempat memasak untuk keluarga dengan hanya membelinya saja.

Namun, lain pula dengan video yang tular ini apabila seorang lelaki berkongsi rupa tepung pelita yang dibelinya di bazar Ramadan telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@twincess_and_lulu

Masa beli helok, sampai rumah harok.

original sound - Khayrulanuar

Masa beli elok, sampai rumah terus jadi lain

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi makanan yang baru dibelinya dari bazar Ramadan.

Dia menunjukkan dia membeli empat bekas tepung pelita bersama rakan yang lain. Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah rupa pelita yang ditunjukkannya itu dilihat sangat cair seperti tidak boleh dimakan.

Situasi itu membuatkan dia merasa kecewa selepas melihatnya kerana sudah beli dengan banyak.

"Kesiannya, tapi tulah masa beli kita tengok nampak elok cantik. Sabarlah ya" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan berkongsi pengalaman sama mereka membeli makanan di bazar.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 74.2K views, 1,664 likes dan 240 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Resepi apa yang dia guna sampai jadi cair macam tu ya. Kesian orang nak makan :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: