"Auto Jumpa Jodoh" - Gadis Ini Malu Teruk, Tersalah Pusing Ke Arah Lain Masa Tengah Kawad
Dan begitulah kisah percintaan mereka.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tentu anda pernah melalui zaman berkawad pada masa sekolah bukan?
Walaupun berkawad ini memenatkan kerana kadangkala perlu berlatih di tengah panas, tetapi tentu banyak kenangan manis anda dapat daripadanya betul tak?
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis tersalah pusing ke arah seorang lelaki semasa berkawad telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Semua orang pusing depan, tapi dia pula pusing ke belakang
Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan pelajar sedang membuat latihan kawad di sebuah sekolah di Indonesia.
Namun, apabila semua sedang fokus mendengar arahan dan diminta untuk pusing ke depan, gadis itu dilihat tiba-tiba terpusing ke arah berlainan sehingga berdepan dengan seorang lelaki.
Situasi itu membuatkan dia merasa malu dan terus pusing ke arah yang betul. Malah, cara pusingan gadis itu juga menjadi perhatian.
"Yang lelaki boleh pula tahan tak ketawa" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat gadis itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 10.1M views, 1.2M likes dan 9,910 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!