seismik

[VIDEO] "Dia Pun Tak Cukup Idea Dah" - Cara Lelaki Ini Prank Balik Scammer Tarik Perhatian

Padan muka scammer tu!

Cover image via @keanuazman (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Zaman sekarang ini banyak kita boleh lihat scammer menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan wang

Jika sekali kita termasuk dalam perangkap mereka, banyak duit yang boleh habis. Jadi, sebab itu kita perlu lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

Baru-baru ini tular di TikTok, video seorang lelaki mengenakan balik seorang scammer yang menelefonnya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@keanuazman

Ko fikir ko sorang ada skrip scam orang?

original sound - Keanu Azman

Konon nak scam, tapi 'koyak' bila kena balik

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi rakaman perbualan antara dia dengan seorang scammer. Difahamkan, pada awalnya scammer itu memberitahu dia syarikat permohonannya telah diluluskan. 

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah dia kemudian berpura-pura merasa sebak dan teruja sehingga membuatkan scammer tersebut terus keluar daripada perbualan itu.

"Dia pun tak sanggup dah bila kau teruja" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat lelaki itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 362.4K views, 36.4K likes dan 1,114 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Salah oranglah abang tu nak scam, kan dah terkena :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via googleapis.com

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: