seismik

[VIDEO] "F*ck Off" - Tak Mahu Pakai Face Mask, Mat Salleh Maki Pengawal Ini Dikecam Ramai

Suka hati je!

Cover image via @Nandopaws (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti yang semua tahu, semenjak berlakunya wabak Covid-19, kita semua dinasihatkan agar terus kekal memakai pelitup muka

Terutama sekali jika berada di luar kerana kita berdepan dengan ramai orang dan risikonya sangatlah tinggi. Disebabkan itu, ia telah menjadi seperti benda wajib dan perlu sentiasa ada bersama kita.

Tetapi, setiap peraturan itu berbeza jika di negara-negara lain. Ada negara yang membenarkan rakyat mereka untuk tidak wajib memakai pelitup muka.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki mat salleh memaki pengawal keselamatan kerana enggan memakai pelitup muka telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bengang ditegur pengawal keselamatan sebab tak pakai pelitup muka

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang warga asing memarahi pengawal keselamatan selepas ditegur kerana tidak memakai pelitup muka.

Difahamkan, kejadian  berlaku di sebuah pasar raya. Lelaki tersebut turut memarahi pengawal keselamatan yang bertugas kerana diminta untuk memakai pelitup muka disebabkan ia adalah wajib.

Malah, dia juga siap memberi kata-kata kesat dan menujukkan isyarat lucah kepada pengawal keselamatan berkenaan. Pihak polis juga sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Dalam satu lagi hantaran di Twitter, netizen ada berkongsi yang lelaki itu memohon maaf atas tindakannya.

Lihat posting itu di bawah:

"Pergi dekat dia, buka mask pastu batuk then blah. Pasti nanti dia risau la dia kena Covid" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa marah mereka terhadap lelaki tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 380.8K views, 3,951 retweets dan 4,451 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di twitter:

Dah masuk negara orang kenalah ikut peraturan dekat sini okay :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: