Terus Buat Aduan Ke Pejabat Buruh, Gadis Kongsi Majikan Diskriminasi Gaji Mengikut Bangsa
Tindakan yang betul.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Isu perbezaan gaji di antara pekerja bukanlah satu perkara yang baru, tetapi kini ia semakin berleluasa
Tambahan lagi, jika majikan sendiri yang menimbulkan masalah. Seperti memberikan gaji yang berlainan dan tidak adil pada pekerja.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang gadis berkongsi majikannya mengamalkan sikap diskriminasi gaji kerana berlainan bangsa telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kerja sama 12 jam dapat RM1K, tapi bangsa lain dapat RM1.4K
Menerusi video tersebut, gadis itu mendakwa dia ditindas oleh majikannya selepas mendapat tahu layanan diskriminasi berhubung pembayaran gaji pokok yang diterimanya berbeza.
Difahamkan, dia mendapat gaji pokok sebanyak RM1,000 manakala rakan sekerjanya berbangsa lain mendapat gaji pokok sebanyak RM1,100 dengan kerja 12 jam sehari.
Malah, lebih menyakitkan hati lagi dia terjumpa posting majikannya di salah sebuah group Facebook dalam bahasa Cina yang menawarkan gaji minimum RM1,400.
Menurut sumber, dia kemudian bertanyakan semua pekerja yang sama tempat dengannya dan rupa-rupanya gaji mereka memang berbeza, walhal yang baru masuk bekerja itu mendapat bayaran RM1,400.
Gadis itu akhirnya membuat aduan di pejabat buruh dan mendapat pampasan lebih RM5,000 daripada syarikat tempat dia bekerja. Bagaimanapun, dia dibuang kerja serta-merta oleh majikannya setelah syarikat menerima surat daripada jabatan buruh.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Awesome. Ramai orang perlu tahu hak mereka macam ni" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 720.7K views, 86.9K likes dan 1,491 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!