seismik

[VIDEO] Member Gigih Nak Cuba Buka Bekas Kuih Raya, Lelaki Ini Siap Tunjuk Caranya

Nasib baik member tolong tunjuk.

Cover image via @kimziyech_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sambutan hari raya kali ini semestinya meriah dengan kunjungan sanak-saudara selepas lama tidak berjumpa bukan?

Ramai yang mengambil kesempatan untuk bertemu dengan rakan-rakan yang lama tidak berjumpa. Malah, pasti ramai juga yang rindu suasana berhari raya di rumah ke rumah.

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang lelaki gigih untuk membuka bekas kuih raya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tertanya-tanya cara nak buka bekas kuih raya

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan lelaki sedang beraya di rumah rakan mereka.

Namun, salah seorangnya cuba untuk membuka bekas kuih raya kerana ingin melihat kuih yang ada.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah dia cuba membukanya tetapi tidak berjaya. Situasi itu membuatkan rakannya menunjukkan cara sebenar untuk membukanya. Rupa-rupanya ia hanya perlu dipusingkan membuatkan mereka semua terhibur.

"Sampai berurat tangan nak pusing benda tu hahaha" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 850.2K views, 114.3K likes dan 680 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Macam-macam jenis sekarang bekas kuih raya kan. Kreatif :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022