"Bila Bini Kau Hilang" - Suami Jenuh Cari Isteri, Sekali Jumpa Bawa Pula Pokok Pisang
Terkejut suami dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Membeli-belah merupakan lumrah semua manusia tidak kira untuk lelaki ataupun perempuan
Namun, kita boleh lihat kaum perempuan lebih gemar membeli-belah berbanding lelaki. Bagi mereka itu adalah salah satu kepuasan diri.
Lain pula dengan video yang tular ini apabila seorang suami berkongsi gelagat isterinya yang tiba-tiba saja membeli pokok pisang selepas dia menghilang telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Penat cari isteri dalam pasar raya, rupa-rupanya beli pokok pisang
Menerusi video tersebut, si suami berkongsi perangai isterinya semasa mereka berdua keluar ke sebuah pasar raya.
Namun, isterinya tiba-tiba 'hilang' membuatkan dia terpaksa mencari dan menelefonnya.
Tetapi apa yang lebih mencuri perhatian adalah sebaik saja si isteri keluar dari kedai, dia melihat isterinya itu siap membawa pokok pisang untuk dihiaskan di rumah mereka.
"Hairan dari mana dia dapat pokok pisang dalam market" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat perangai isterinya itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 272.6K views, 8,509 likes dan 337 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!