seismik

[VIDEO] Elak Orang Bawa Kereta Laju, Lelaki Ini Menyamar Buat 'Speed Trap' Depan Rumah

Baru semua perlahan kan.

Cover image via @fiezamieza (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika kita memandu kereta di jalan raya, kita mestilah mengikut semua peraturan yang telah ditetapkan

Tetapi, bukan semua orang mengambil endah mengenainya sehingga kadangkala menyebabkan kemalangan nyawa yang lain.

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang lelaki sanggup menyamar membuat speed trap di depan rumahnya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tindakan menyamar buat speed trap membuahkan hasil

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi perangai ayahnya yang dilihat agak rare ketika berada di luar rumah.

Dia menunjukkan gelagat ayahnya yang menyamar seperti sedang melakukan operasi speed trap di depan rumahnya.

Menurut wanita itu, ayahnya nekad untuk melakukan perkara itu selepas dia melihat ramai pemandu yang memandu dengan begitu laju di kawasan rumah mereka itu.

Lihat antara video lain di bawah:

"Ni confirm cuak orang yang bawa laju depan situ, hahaha" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat ayahnya itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 268.1K views, 23.2K likes dan 371 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bijak idea ayah dia, nampaklah semua dah macam perlahan :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: