seismik

[VIDEO] Presentation Another Level, Slide Tema Netflix Pelajar Sekolah Ini Curi Tumpuan

Wow!

Cover image via @imanhali2020 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti kita semua pernah membuat pembentangan bersama rakan bukan? Tidak kiralah di sekolah ataupun universiti

Sehari sebelum pembentangan pasti kita sudah bersiap sedia dengan slide dan ayat yang perlu diterangkan kepada semua. Hal ini kerana itu semua adalah markah buat kita, jadi mestilah nak lakukan yang terbaik.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan slide presentation sekumpulan pelajar yang agak unik telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Guna Tema Netflix untuk video pembentangan

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan pelajar lelaki sedang bersiap sedia untuk membuat pembentangan tentang tajuk mereka.

Tetapi, apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah video pengenalan mereka itu yang berkonsepkan Netflix. Malah, difahamkan sehingga cikgu mereka juga terpukau melihat kreativiti mereka itu.

"Tukang buat slide mesti tengah bangga time present" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka dan mengimbau zaman belajar mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.1M views, 205.7K likes dan 2,363 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Power pula tengok slide presentation dia :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: