seismik

[VIDEO] Anak Excited Lambai Atas Jejantas, Si Ayah Siap Buat Hon Bunyi Lagu 'Baby Shark'

Seronok anak dia.

Cover image via @kylieyaa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti berat buat ibu dan bapa untuk meninggalkan anak mereka sebelum pergi bekerja bukan

Iyalah, mesti asyik rindu saja dan tertanya-tanya bagaimanakah keadaan si anak. Tambahan lagi kalau tinggal di rumah pengasuh. Jika tinggal bersama si ibu boleh lah bertanya dan kurang rasa risau.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila si anak excited melambai ayahnya pergi bekerja semasa di atas jejantas telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@kylieyaa Setia menanti. Dapat tengok dari jauh pun dah cukup happy #fyp Make You Mine - PUBLIC

Teruja lambai ayah atas jejantas, ayah beri lagu baby shark satu

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi reaksi anaknya yang teruja semasa berada di atas jejantas.

Rupa-rupanya dia teruja kerana mahu melambai si ayah yang sedang pergi ke kerja menaiki sebuah trak. Malah, apa yang lebih menarik perhatian lagi apabila si ayah melihatnya, dia siap membunyikan hon lagu baby shark buat anaknya itu.

Menurut wanita itu, anaknya sering mengikut ayahnya menaiki trak tersebut. Si kecil itu banyak menghabiskan masa melihat pekerjaan si ayah yang baginya menyeronokkan.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@kylieyaa Reply to @izzailiff_ kat sinilah taman permainan adam #fyp #anakaskar Dandelions (slowed + reverb) - Ruth B.

"Beruntung kau dik tak semua dapat merasa apa yang awak rasa" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2M views, 242.8K likes dan 3,783 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nampak betapa rapatnya si anak dengan ayahnya. Comel je :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022