seismik

[VIDEO] Jual Ayam Percik Di Bazaar Ramadan, Tapi Suara Budak Lelaki Ini Buat Ramai Confuse

Kena dengar 2 hingga 3 kali baru faham.

Cover image via @muhdizwan1994 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bazaar Ramadan menjadi antara tempat 'wajib' singgah di bulan puasa

Iyalah mana tidaknya, kalau masuk saja ke bazaar Ramadan pasti akan keliru untuk memilih makanan untuk berbuka kerana terlalu banyak.

Semua jenis juadah ada betul tak? Sebab itu ada yang sampai beli berplastik-plastik. Tetapi, adalah lebih elok jika kita tidak membazir untuk makanan.

Namun, lain pula dengan video yang tular ini apabila cara menjual seorang budak lelaki di bazaar Ramadan telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Suara macam nak 'nangis' masa menjual

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang budak lelaki sedang berada di bazaar Ramadan untuk menemani dan membantunya ibunya menjual.

Tetapi, apa yang lebih mencuri perhatian adalah suaranya yang membuatkan ramai tertanya-tanya pada awalnya.

Suaranya kedengaran seperti mahu menangis semasa menjual ayam percik tersebut. Malah, ia turut mendapat perhatian netizen.

"Aku seorang je ke yang dengar dia cakap ayam godek" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan jawapan mereka selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 83.5K likes dan 3,370 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Suara adik tu boleh buat ramai ingat dia cakap benda yang berlainan ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: