seismik

[VIDEO] Member Minta Tambah Order, Tapi Cara Mamak Ini Cakap Pula Macam Nak Marah

Memang dia cakap macam tu kot ya?

Cover image via @anotherzeal (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kedai mamak kebiasaannya akan menjadi port lepak buat para lelaki

Perkara itu disebabkan suasana mamak sering menjadi tumpuan seperti untuk menonton bola dan lepak bersama rakan. Sambil-sambil lepak itu, bolehlah pekena roti canai dan teh tarik kan?

Namun, lain pula dengan video ini apabila cara percakapan seorang pelayan mamak seolah-olah seperti marah seorang pemuda kerana menambah order telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Rakan terkedu kena sound dengan mamak sebab tambah makanan

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan pemuda sedang lepak di sebuah kedai mamak yang tidak dikenal pasti.

Namun, salah seorang mereka mahu menambah makanan dan memanggil pelayan kedai. Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah cara percakapan mamak itu seolah-olah memarahinya.

Situasi itu membuatkan pemuda berkenaan seperti terkejut dan memikirkan mamak itu memarahinya.

"Aku tak rasa dia marah tu. Cara diaorang kadang-kadang memang nampak macam kasar sikit je" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka masing-masing mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 72.7K likes dan 884 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Suara mamak tu mungkin memang macam tu kot? Member tahan nangis dah tu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: