seismik

"Roomate Dari Neraka" - Gadis Kesal Rakan Keluar Kemain Lawa, Tapi Tinggal Bilik Bersepah

Apa salahnya kemas dulu sebelum keluar.

Cover image via @alyaaaaaj (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ramai di sini yang pernah menyewa rumah lagi-lagi pada zaman belajar bukan?

Seronok sebenarnya tinggal dengan rakan-rakan pada masa itu, kerana ia akan menjadi kenangan kelak.

Namun, ada juga yang tidak suka dengan housemate mereka kerana mempunyai perangai yang kurang enak seperti pengotor dan sebagainya.

Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang gadis berkongsi keadaan bilik yang dikongsikan bersama rakannya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@alyaaaaaj

Roomate dari neraka, keluar kemain lawa tapi dalam bilik kepam

aAaaHhh barbie x3 keymark - SABRINA

Keluar dating lawa tapi tinggal bilik dalam keadaan bersepah

Menerusi video tersebut, gadis tersebut berkongsi keadaan bilik yang sedang didudukinya bersama seorang rakannya.

Difahamkan, rakannya itu keluar bersama seseorang dan meninggalkan biliknya dalam keadaan yang bersepah. Situasi itu membuatkan dia kesal melihatnya. Kelihatan baju-baju dan tudung berada di merata tempat.

Menurutnya, perangai rakannya itu sudah ditegur tetapi dia tetap melakukan perkara yang sama dan tidak menjaga kebersihan bilik mereka.

"Jangan percaya pada yang cantik hahaha" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka dan ada juga berkongsi pengalaman sama.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 350.8K views, 22.3K likes dan 502 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Menjaga kebersihan itu separuh daripada iman. Tak sedaplah kalau dah jadi macam ni, kesian kawan dia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: