[VIDEO] "Esok Ada Interview" - Lelaki Sedih Lihat Hasil Potongan Rambut Dari Mamak Ini
Alamak, macam tak kena pula.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi kaum lelaaki, rambut adalah mahkota yang sangat penting pada tubuh badan mereka
Iyalah, gaya rambut boleh menggambarkan personaliti seseorang betul tak? Ada yang suka berambut panjang dan ada juga yang suka kelihatan kemas sentiasa.
Tetapi, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki berkongsi kisah sedihnya gunting rambut dengan mamak telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sedih tengok hasil style rambut dari mamak
Menerusi video tersebut, seorang lelaki memaparkan style rambutnya selepas baru diguntingnya dari sebuah kedai gunting rambut mamak.
Difahamkan, dia pada asalnya meminta style rambut yang diingini sebelum terlelap sekejap semasa proses menggunting rambut itu.
Namun sebaik saja dia sedar, dia terkejut dan agak begitu sedih melihat hasilnya yang disifatkan tidak ubah seperti cerita kanak-kanak iaitu Dora The Explorer. Malah, difahamkan dia juga malu untuk pergi ke sesi temuduga kerja dengan style rambut begini.
Lihat video lain itu di bawah:
"Setiap lelaki mesti ada dendam dengan tukang gunting" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhbur melihat lelaki itu. Malah, ramai yang memberikan reaksi mereka masing-masing mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 76.2K likes dan 3,584 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: