seismik

"Pergi Elok, Balik Jadi Snowcap" - Tudung Hampir Jatuh, Ibu Terhibur Tengok Perangai Anak

Alamak dik, jadi gitu terus ya.

Cover image via @chattelyea_bussaina (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum mengetahui, sesi persekolahan kini sudah mula berjalan seperti biasa dengan mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan

Hal ini kerana kita masih belum menang melawan wabak jangkitan Covid-19. Sudah tentu, ada sesetengah ibu bapa yang risau tentang keselamatan mereka. Sebab itulah kita harus lebih berjaga-jaga dan berwaspada.

Namun, lain pula dengan situasi ini apabila video seorang kanak-kanak perempuan pulang ke sekolah dengan keadaan tudung hampir terjatuh telah mengundang hiburan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@chattelyea_bussaina

Allahu... tudungnya sampai jatuh ke belakang

bunyi asal - دارا عل ذولاعكا

Tudung elok masa pergi, balik sekolah terus jadi lain

Menerusi video daripada @chattelyea_bussaina, kelihatan semasa itu dia sedang menunggu kepulangan anak perempuan balik sekolah.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila anaknya sampai, wanita tersebut terkejut melihat keadaan tudung anaknya itu yang hampir jatuh kebelakang.

Situasi itu membuatkan si ibu tergelak melihat perangai anak perempuannya itu dan kanak-kanak itu terus membuka tudungnya.

"Pergi sekolah elok tudung, balik-balik jadi snowcap" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat kanak-kanak perempuan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 787.5K views, 51.5K likes dan 2,319 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Macam baru lepas bergaduh ya tudung dia tu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik