seismik

[VIDEO] "Menyerah Je Lah" - Rumah Habis Banjir, Cerita Budak Lelaki Ini Undang Sebak Ramai

Tabah betul dia dengan ujian yang menimpa.

Cover image via @annejustanne (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum ketahui, banjir kilat telah melanda di beberapa negeri baru-baru ini

Sudah tentu banjir kilat kali ini adalah yang paling buruk pernah berlaku di Malaysia. Malah, ramai yang tidak menyangkakan ia akan menjadi sedasyat seperti ini.

Oleh sebab itu, banyak harta benda rosak termasuklah rumah yang habis hanyut dibawa air banjir. Perkara ini sungguh menyedihkan.

Tular baru-baru ini sebuah video di TikTok memaparkan perkongsian seorang budak lelaki yang terkesan dek kerana banjir telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sedih dengan apa yang berlaku terpaksa redha dengan segalanya

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang budak lelaki sedang berada di kawasan rumahnya yang habis mengalami kerosakan akibat banjir.

Namun, dia kemudian menceritakan antara perkara yang membuatkan dia sedih iaitu apabila robot yang baru dibelinya hilang dibawa arus air banjir. Malah, dia memberitahu ketika itu air sudah pun berada di paras pinggangnya.

Ketika ditanyakan apakah perasaannya apabila kesemua mainannya semua hilang, dia menjawab "menyerah je lah" sambil tersenyum.

"Kecil-kecil dah faham makna redha, thumbs up dik" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 961.1K views, 140.7K likes dan 1,361 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Kuat betul adik ni, semoga dipermudahkan segala urusan dia dan seluruh ahli keluarga :)

Anda kini boleh membuat sumbangan menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima yang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan bagi membantu meringankan beban mereka.

Setiap sumbangan yang diberikan amatlah dihargai.

Image via Berita Harian

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: