seismik

[VIDEO] Wartawan Tengah Sibuk Temu Ramah, Tapi Abang Grab Dibelakang Pula Curi Tumpuan

Tetap bekerja abang tu.

Cover image via @dahaniss (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti yang kita semua tahu banjir kali ini sangat teruk sehingga menyebabkan beberapa negeri terjejas

Antara yang paling teruk ialah negeri Selangor kerana tidak pernah berlaku banjir seperti ini. Pasti ramai yang terkejut dan tidak menyangka. Rumah-rumah juga habis ditenggelami air, harta benda juga banyak yang rosak.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila kemunculan kelibat abang Grab dibelakang semasa sedang berjalan sesi temu ramah telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Pakai seluar berenang dan siap bawa pelampung nak redah banjir

Menerusi video perkongsian dari @dahaniss itu, kelihatan pada awalnya seorang wartawan lelaki sedang sibuk menemu ramah mangsa banjir di Selangor.

Namun, sedang asyik menemu ramah, tiba-tiba muncul abang Grab dibelakang yang membawa pelampung seolah-olah seperti mahu meredah banjir menggunakannya. Situasi itu ternyata telah mencuri pandangan netizen yang sedang menontonnya ketika itu.

"Order masuk nak kena rushing nanti makanan sejuk" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji kecomelan gaya abang Grab tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 117.8K views, 15K likes dan 287 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comel lah abang Grab ni, order masuk tetap jalan ya bang :P

Anda kini boleh membuat sumbangan menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima yang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan bagi membantu meringankan beban mereka.

Setiap sumbangan yang diberikan amatlah dihargai.

Image via Berita Harian

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: