"Macam Filem Crawl" - Selamba Rakam Buaya Dalam Banjir, Aksi Lelaki Ini Buat Ramai cemas
Scary weh!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti kita semua tahu, banjir kilat di beberapa negeri telah menyebabkan ramai yang terpaksa dipindahkan atas faktor keselamatan mereka
Terutama sekali bagi penduduk di Selangor yang tidak menyangka banjir kali ini menyebabkan ada yang kehilangan rumah dan harta benda mereka.
Disebabkan itu, kita disarankan untuk tidak bermain air banjir kerana banyak benda yang tidak nampak boleh berlaku.
Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter memaparkan seorang lelaki selamba merakam buaya berhampirannya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sempat rakam buaya masa tengah dalam banjir
Menerusi video perkongsian tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi kawasannya yang habis ditenggelami air banjir.
Dia siap memberi amaran kepada semua orang berada di sekitar Puchong untuk lebih berhati-hati kerana terdapat buaya di dalam air banjir di sana.
Apa yang lebih mencuri perhatian adalah dia sempat merakam dan menunjukkan ada buaya yang sedang berehat berhampiran dengannya. Malah, dia sempat mengelap telefonnya untuk video yang lebih jelas. Difahamkan, buaya itu berada di kawasan Koi Prima, Taman Mas, Puchong.
Lihat antara video lain itu di bawah:
"Risau aku time dia lap kamera tu. Boleh jadi macam dalam movie" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi takut mereka selepas melihat aksi lelaki itu. Malah, ada yang menyamakan situasinya itu sama seperti filem Crawl.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 111.6K views, 2,808 retweets, 455 quotes tweets dan 2,285 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Anda kini boleh membuat sumbangan menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima yang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan bagi membantu meringankan beban mereka.
Setiap sumbangan yang diberikan amatlah dihargai.