seismik

"Lelakinya Kacak" - Jawapan Orang Korea Bila Ditanya Mengenai Malaysia Ini Curi Perhatian

Bangga lelaki dekat Malaysia ya.

Cover image via Jalan Jalan Jesse 제시 (YouTube)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap negara memiliki keunikan tersendiri tidak kiralah dari segi adat mahupun agamanya

Tambahan pula, rupa wajah juga sudah tentu memiliki identiti masing-masing betul tak? Lelaki dan Wanita di Malaysia tidak kurang hebatnya dalam memiliki rupa paras yang menawan.

Hal ini kerana tular sebuah video di TikTok tentang jawapan wanita Korea ini mengenai Malaysia yang telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@hey_yenna

comella that girlmata die cam Winter Aespa ##malaysia ##viral ##fyp ##fyp

original sound - Stray Kids Bonsang

Temu ramah orang Korea nak tanya pandangan mengenai Malaysia

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang berada di sekitar bandar di Korea dan menemu ramah dua orang wanita.

Dia kemudian bertanya kepada wanita tersebut adakah mereka pernah pergi ke Malaysia dan menanyakan beberapa soalan.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah salah seorang daripada mereka menjawab dengan berkata "sangat menarik dan lelakinya sangat kacak". Situasi membuatkan lelaki berkenaan tergelak mendengarnya.

Lihat video penuh asal itu di bawah:

"Tapi memang betul lelaki di Sabah mostly handsome" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan dan reaksi mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 70.7K views, 7,611 likes dan 100 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Kembang terus lelaki Malaysia ya bila orang Korea dah puji :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: