[VIDEO] Kena Perangkap Minta Pilih Gambar Cantik, BF Pula Tak Perasan Rupa-Rupanya Ada...
Kecil je gambar dia dekat situ.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi anda yang mempunyai pasangan pasti pernah melihat perangai 'gila-gila' mereka yang kadangkala menghiburkan hati bukan?
Pasti ada saja telatah mereka yang mencuit hati kita, sampai ada masa malas mahu melayan mereka.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila gelagat pasangan kekasih ini telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Saja suruh pilih gambar kartun disney princess nak tengok reaksi BF
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi perbualan mesej menerusi WhatsApp bersama teman lelakinya.
Dia kemudian memberikan gambar kartun disney princess dan menyuruh agar teman lelakinya itu memilih yang manakah pilihannya.
Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah dia memarahi teman lelakinya kerana tidak memilihnya yang juga berada di dalam gambar itu. Kelihatan gambarnya begitu kecil berada dicelah-celah disney princess itu.
"Hahaha sis sumpah bijak okay. Aku nak buat juga" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video tersebut. Malah, ada juga yang mahu melakukan perkara sama nanti pada pasangan mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 218.9K views, 12.6K likes dan 106 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: