seismik

Tanya Soalan Jika Ada Orang Masuk Meminang, Jawapan Si Ayah Pula Buat Ramai Tersentuh

Sedih pula dengar.

Cover image via @rnaniria (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ibu bapa adalah insan paling bermakna dalam hidup kita, sudah pasti jika kita mahu membuat sesuatu keputusan, ibu bapalah yang akan memberikan padangan

Tambahan lagi buat yang ingin berkahwin, pasti ada rasa sayu dalam diri mereka untuk melepaskan anak tersayang.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis berkongsi reaksi ayahnya selepas ditanyakan soalan tentang perkahwinan telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Saja nak tengok reaksi ayah bila ditanya orang nak masuk meminang

Menerusi video tersebut, seorang gadis berkongsi reaksi ayahnya selepas ditanya soalan jika ada seseorang datang masuk meminangnya.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah jawapan ayahnya yang ternyata membuatkan dia tersentuh mendengarnya.

"Papa tak kira sangat asal usul, ini semua Tuhan punya kerja"
"Yang penting dia saja baik," katanya.

Situasi itu membuatkan dia terdiam mendengar jawapan ayahnya itu.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@rnaniria

Reply to @bellalajimolala maybe awak boleh cuba

original sound - whitney2bh

"Seorang ayah nakkan orang yang boleh jaga anak dia macam mana dia jaga anak dia. Sedih pula" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 501.8K views, 52.8K likes dan 951 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Menusuk ke dalam hati betul ayah dia punya jawapan. Tiba-tiba sebak pula dengar :')

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: