Lost Contact Selama 7 Tahun, Gadis Ini Tak Sangka Berjodoh Dengan Crush Sekolah Sendiri
Kalau dah jodoh tak ke mana kan.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti rata-rata anda di sini yang pernah mempunya crush pada zaman sekolah betul tak?
Kalau boleh sampai kadangkala hari-hari nak lalu depan kelas si dia untuk melihatnya. Namun, siapa sangka dengan jodoh yang Allah telah tetapkan. Crush kita pun boleh menjadi pasangan kita.
Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis berkongsi kisah dia dan pasangan telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak sangka berjodoh dengan crush sendiri pada waktu sekolah
Menerusi video tersebut, seorang gadis berkongsi cerita disebalik perkenalannya dengan si suami. Difahamkan, suaminya itu merupakan crushnya pada waktu sekolah dulu.
Namun, mereka lost contact selama 7 tahun kerana tidak menggunakan Facebook lagi. Dia kemudian kembali membuka akaun Facebook atas urusan kerja dan dalam pada masa yang sama mencari kembali akaun suaminya itu.
"Alhamdulillah dia approved and still ingat I. Yang kelakarnya tempat training I dekat Shah Alam and dia kerja pun dekat Shah Alam"
"Conclusion nya dekat sini, soal jodoh jangan risau. Allah akan hadirkan pada waktu tepat dengan orang yang betul," tulisnya.
Lihat video lain di bawah:
"Betul lah orang kata, kalau dipisahkan macam mana pun, dah jodoh Allah akan temukan balik" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah pada pasangan tersebut. Malah, ramai yang memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 490.2K views, 59.3K likes dan 1,633 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: