[VIDEO] Tiada Pelamin & Majlis Besar-Besaran, Gadis Ini Rileks Bertunang Di Kedai Makan
Wah, tahniah!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Majlis pertunangan adalah majlis mengikat tanda perhubungan antara anda dan pasangan
Sudah pasti semua mahukan majlis pertunangan itu berjalan dengan lancar seperti dilengkapi dengan pelamin dan barang hantaran.
Namun, lain pula dengan pasangan ini apabila video mereka tular di TikTok gara-gara majlis pertunangan mereka berlangsung di sebuah kedai makan telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
10 tahun persahabatan, akhirnya diakhiri dengan perkahwinan
Menerusi video tersebut, seorang pemuda berkongsi detik bermakna yang memaparkan ibunya menyarungkan cincin kepada bakal isterinya.
Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian adalah majlis pertunangan itu telah dilangsungkan di salah sebuah restoran. Majlis diadakan secara bersederhana dengan kehadiran keluarga terdekat saja.
Difahamkan, mereka berdua telah berkenalan selama 10 tahun sebelum memutuskan untuk mengakhiri zaman bujan masing-masing.
Lihat video lain itu di bawah:
*"Ringkas, sempoi. Semoga diberkati" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah dan memberikan reaksi mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 217K views, 11.2K likes dan 234 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: