seismik

Sebiji Macam Dalam Filem 'Annabelle', Ustaz Terpaksa Bakar Teddy Bear Punca Remaja Dirasuk

Menakutkan!

Cover image via Muhammed NorHezri Baharudin (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kejadian mistik bukanlah satu perkara yang asing lagi dalam dunia ini

Perkara ini boleh berlaku daripada pelbagai aspek. Termasuklah daripada penyimpanan patung sebagai perhiasan di dalam rumah kerana ia boleh menjadi punca 'gangguan'.

Tular baru-baru ini satu perkongsian di Facebook mengenai patung beruang yang didakwa mempunyai jin telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat posting penuh itu di bawah:

Terpaksa bakar patung beruang sebab jadi punca gangguan

Menerusi posting tersebut, seorang perawat islam yang juga ustaz berkongsi pengalaman semasa dia merawat salah seorang pesakitnya yang dikatakan telah menerima gangguan dari sebuah patung beruang.

Malah, dia juga mendakwa patung berkenaan telah menyebabkan seorang gadis telah mengalami kerasukan.

"Saya membawa patung ini turun ke bawah, serta merta pesakit ini merayu, jangan apa-apakan dia. Itu tempat aku. Aku dah lama duduk disitu. Aku temankan dia. Aku kawan dengan dia"

"Dengan lantang saya berkata, berpindahlah kamu wahai makhluk Allah! Sebelum patung ini dimusnahkan!"

"Ruqyah terus dibacakan pada pesakit selama 20 minit dan dengan izin Allah pesakit sedar dalam keadaan yang lemah. Saya meminta izin pada pesakit dan keluarga untuk musnahkan patung ini dan mereka membenarkannya," tulisnya.

Dia juga sempat memberikan nasihat agar tidak menyimpan patung sebagai perhiasan di dalam rumah serta berharap agar perkongsiannya dapat dijadikan iktibar buat semua orang.

"Tak seram ke adik tu patung bergerak sendiri" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberika reaksi mereka masing-masing selepas memnca perkongsian itu.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 512 likes, 128 comments dan 202 sahres di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:

Seram betul dengar perkongsian ustaz ni. Apa-apa pun semoga kita semua boleh ambil iktibar dari ceritanya :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: