seismik

Dapat Layanan Baik Walaupun Order Air Kosong, Pemuda Ini Beri Tips 'Lumayan' Pada Pekerja

Terbaik bro.

Cover image via @qushayry11 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti rata-rata anda di sini yang pernah meminum air jenama popular Starbucks kan?

Sudah tentu, harga minuman mereka jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan yang lain. Namun, semua itu terpulang kepada kemahuan individu sendiri kerana anda yang sangat menggemari minuman mereka walaupun harganya agak sedikit mahal.

Tetapi, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang pemuda memberikan tips RM100 selepas membuat pesanan air kosong telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Beri tips RM100 sebab dapat layanan yang baik walaupun pesan air kosong

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda ketika itu sedang memandu dan memasuki laluan drive-thru di Starbucks untuk membeli minuman.

Namun, dia bukanlah mahu membeli air yang kebiasaannya dipesan, malah dia hanya mahu membeli air kosong kerana merasa dahaga.

Sebaik saja dia mahu membuat pembayaran, dia menanyakan harga minuman tersebut, tetapi pekerja di situ memberitahu tidak mengapa dan membelanjanya.

Situasi itu membuatkan dia merasa kagum kerana mendapat layanan yang baik daripada pekerja itu dan memberikannya tips RM100.

"Dia nak sedekah rupanya, baiknya" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan memuji tindakan lelaki itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 99.4K likes dan 436 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Semoga abang ni sentiasa dimurahkan rezeki. Apa-apa pun staf tu memang terbaik! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: