"Memang Cita-Cita Abah" - Anak Hadiahkan Jam Tangan, Reaksi Si Ayah Pula Buat Ramai Sebak
Tiba-tiba mata masuk habuk.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sebagai seorang anak, adalah tanggungjawab kita untuk membahagiakan ibu bapa kerana mereka telah banyak berkorban buat kita
Sudah tentu, tidak terbalas jasa mereka buat kita. Daripada kecil hinggalah besar, mereka banyak berkorban masa dan tenaga demi membesarkan kita dalam keadaan yang selesa. Jadi, apa salahnya sekali sekala berikan sesuatu buat mereka.
Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang ayah menangis selepas menerima jam tangan kegemaran daripada anak-anaknya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selalu tengok kedai jam tangan, tapi tak mampu nak beli
Menerusi video tersebut, kelihatan semasa seorang ayah menerima kejutan daripada anak-anaknya di rumah mereka.
Difahamkan, si ayah selalu ke sebuah kedai jam untuk melihatnya kerana tidak mampu untuk membeli. Perkara itu membuatkan mereka adik-beradik berpakat untuk menghadiahkan jam tangan tersebut kepada ayah mereka.
Sebaik saja membuka kotak jam berkenaan, si ayah mula merasa sebak dan menangis kerana tidak menyangka dapat memakai jam yang diingininya.
"Terima kasih sebab bahagiakan abah hampa, aku yang tengok ni pun bahagia" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa sedih melihat video tersebut. Malah, ramai yang memuji tindakan mereka itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.6M views, 182.6K likes dan 14.8K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: