seismik

[VIDEO] "Auto Masuk Ke Alam Lain" - Rupa Di Dalam Peti Ais Ini Buat Ramai Tidak Sangka

Jangan tertipu guys.

Cover image via @d.wonderful5599 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ada di antara anda di sini yang pernah mengalami masalah kerosakan peti ais kan?

Kebiasaannya kalau peti ais yang dah lama adalah menjadi perkara biasa apabila rosak. Kita boleh memilih untuk membaiki atau membeli yang baru saja. Terpulang kepada kemahuan masing-masing.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila rupa di dalam sebuah peti ais ini telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tunjuk apa yang dalam peti ais, ramai pula tak sangka di dalamnya

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pengguna TikTok berkongsi rupa peti ais di sebuah tempat yang tidak diketahui lokasinya.

Kelihatan kertas bertulis "rusak" ditampalkan pada bahagian pintu peti ais itu. Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah sebaik saja dia membuka pintu, kelihatan rupa-rupanya terdapat tandas di dalamnya.

"Sumpah style doh, macam ruang rahsia" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video tersebut. Malah, ramai yang tidak menyangka ada tandas di dalamnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 75.3K likes dan 1,438 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Cantik betul ya pintu tandas dia. Lain daripada yang lain :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: