seismik

[VIDEO] "Bilik Air Terlebih Moden" - Baru Nak Syok Bercuti, Tapi Tandas Pula Bikin Spoil

Macam mana nak mandi tu?

Cover image via @wawachan00 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Percutian adalah perkara yang paling menggembirakan kerana kita dapat berjalan ke tempat orang disamping dapat menghilangkan stres

Sekali sekala bercuti itu sangat perlu untuk kebaikan diri kita. Ambil masa untuk lupakan segala masalah sekejap. Pasti seronok, tambahan lagi kalau dapat bercuti dengan kawan-kawan atau keluarga.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila dua orang gadis berkongsi tandas bilik air hotel mereka telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@wawachan00

HAHAHAHAHAHAHAHAHAH bilik ayaq pun terlebih moden ##penang ##staycation ##fyp ##foryoupage ##viral

original sound - wawachan

Pening tengok bilik air, fikir macam mana nak mandi nanti

Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang gadis sedang berada di dalam bilik sebuah hotel untuk bercuti bersama.

Tetapi, mereka berkongsi satu masalah yang perlu difikirkan setibanya di hotel tersebut. Mereka menunjukkan bilik air hotel berkenaan menggunakan pintu kaca lut sinar yang boleh dilihat daripada luar.

Perkara itu membuatkan mereka berdua terfikir bagaimana hendak mandi dan ‘membuang’ dengan keadaan begitu kerana curtain blind di dalam tandas hanya menutupi separuh badan bahagian bawah saja.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@wawachan00

Reply to @iskandaryusri boleh cover lagi kalau nak berak/mandi tapi still berbahaya ##fyp ##viral

original sound - wawachan

"Sesuai untuk laki bini je tempat ni, adui yang bukan-bukan je orang design ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat design tandas tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.7M views, 108K likes dan 2,174 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Alamak, kena pandai-pandailah kalau dah jadi macam ni ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: