"Tolong Kami" - Elok Nak Pergi Cuti Bersama, Sekali 3 Rakan Ini Terambil Bilik Honeymoon
Aduh, parah ni!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Siapa je yang tak suka pergi bercuti bukan? Tambahan lagi jika bercuti di kawasan pantai bersama kawan atau orang tersayang
Tetapi, ada juga yang memilih untuk bercuti di kawasan bandar kerana mahu melihat persekitaran bandar tersebut. Semua itu terpulang kepada setiap individu itu sendiri.
Percutian ini selalunya sudah lama dirancang kerana takut bilik hotel akan penuh. Ada yang lebih suka melakukannya last minute kerana ada kalanya harga lebih murah.
Namun begitu, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila percutian sekumpulan lelaki menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak perasan terambil bilik honeymoon dengan tandas lutsinar
Menerusi video tersebut, seorang lelaki telah berkongsi kisah percutian ringkasnya bersama dua orang lagi rakannya di sebuah hotel bajet.
Tetapi, setelah tiba di dalam bilik hotel tersebut mereka mendapati tandas yang disediakan di dalam bilik tersebut adalah lutsinar di mana boleh nampak orang yang sedang menggunakannya.
Apa yang lebih melucukan adalah ramai yang mempercayai bahawa mereka sebenarnya tersalah menempah bilik dengan mengambilnya di bawah bilik 'honeymoon'.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
"Kalau dah kahwin pun, Ya Allah still juga insecure weh rasa pelik terbuka macam tu" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat video tersebut.
Malah, ramai yang berpendapat mereka sememangnya salah menempah dengan mengambil bilik 'honeymoon'. Ada juga yang pernah berkongsi pengalaman sama mendapat bilik seperti itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 507.9K views, 36.6K likes dan 711 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: