seismik

[VIDEO] Anak Syok 'Kena Pusing' Dengan Si Bapa Sampai Pening, Tapi Akhirnya Lain Pula Jadi

Lawak weh!

Cover image via @bitchiwas999 (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Memiliki anak kecil sememangnya satu cabaran besar yang perlu dijaga

Bukannya apa, pada usia ini mereka akan kelihatan lebih aktif dan mahu mencuba banyak benda baru sehingga ada kalanya sampai pening kepala ibu bapa dibuatnya.

Antara salah satu aktiviti yang ibu bapa boleh lakukan bersama mereka adalah dengan meluangkan masa di taman permainan. Di taman itu terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan antaranya seperti merry go round yang dinaiki oleh kanak-kanak itu.

Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan bersama bapanya mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Seronok bapa pusing sampai pening kepala nak berjalan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang kanak-kanak sedang bersama bapanya di sebuah taman permainan.

Di taman itu terdapat beberapa peralatan aktiviti yang boleh dilakukan antaranya seperti yang kanak-kanak itu naik iaitu merry go round.

Namun, kebiasaannya ibu bapa tidak akan menggalakkan anak mereka bermain permainan ini kerana bimbang ia akan membuat mereka hilang stabil akibat pening kepala.

Tetapi, si bapa pula meletakkan anaknya ke dalam permainan tersebut dan kemudian memusingkannya. Apa yang lebih menghiburkan adalah reaksi kanak-kanak itu selepas bermain permainan tersebut yang berada diluar jangkaan.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

"My husband and I with our kids" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen juga mendapati rata-rata netizen turut terhibur selepas melihat reaksi kanak-kanak itu.

Malah, ramai yang pernah berkongsi situasi sama bermain permainan berkenaan. Ada juga yang memberitahu mereka mungkin akan muntah jika merasa pening sebegitu rupa.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 955.2K views, 16.1K retweets dan 59.3K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Kesian anak dia, sampai tak betul nak jalan :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: