[VIDEO] Tengah Syok Berjoget Sakan Di TikTok, Tapi Reaksi Si Ayah Ini Pula Jadi Tumpuan
Syok sangat tu ye dik berjoget.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kecanggihan teknologi zaman sekarang sememangnya berbeza dengan zaman sewaktu kita kecil dulu
Jika nak dibandingkan pada waktu kita kecil dulu, semua platform sosial media masih belum ada seperti sekarang.
Malah, kita juga tidak mempunyai telefon bimbit seperti kanak-kanak sekarang. Jenis permainan juga amat berbeza daripada kanak-kanak zaman ini.
Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak perempuan sedang sibuk menari video TikTok mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Syok menari video untuk TikTok, tiba-tiba ayah datang halang
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan semasa itu sedang sakan menari untuk video TikToknya.
Namun tidak lama selepas itu, kelihatan ayah kanak-kanak itu muncul di belakang dan terus menendang punggungnya sebaik saja melihat aksi anaknya itu.
Ayahnya langsung memarahi anaknya itu dan mengarahkannya untuk berhenti daripada menari untuk video tersebut dan kanak-kanak itu pun terus berjalan keluar.
"Kesian member baru nak post content baru" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi kanak-kanak tersebut dengan ayahnya.
Malah, ada mengingatkan agar ibu bapa jangan terlalu mendedahkan anak-anak dengan gajet dan sosial muda ketika di usia muda. Ada juga yang menyokong dengan tindakan ayah kanak-kanak itu yang menghentikannya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 205.5K views, 4,543 retweets dan 5,056 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: