seismik

"Ke Hulu Ke Hilir" - Remaja Lelaki Ini 'Acah' Busy Dekat Dapur Buat Ramai Dapat Relate

Tak duduk diam betul tu.

Cover image via @fikri.amer (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mempunyai adik beradik yang ramai tentu dapat memeriahkan lagi suasana di dalam rumah

Mesti kecoh satu rumah dibuatnya. Walaupun ada sesetengahnya tidak begitu rapat sesama sendiri tetapi percayalah bak kata pepatah 'Air dicincang tidak akan putus'.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila aksi seorang lelaki dalam kalangan adik beradik ini mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Baru bangun tidur terus pergi dapur konon nak tolong

Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa orang adik beradik lelaki sedang berada di dapur untuk membantu ibu mereka menyiapkan makanan.

Namun, tidak lama selepas itu muncul seorang lelaki yang dikenali sebagai Angah dalam adik beradiknya di dapur dan terus melihat apa yang boleh dibantu.

Dia sebelum itu baru saja bangun dari tidur dilihat berjalan ke hulu ke hilir seperti tiada arah tuju untuk cuba membantu adik beradiknya. Situasi itu membuatkan ramai yang dapat relate dengan ahli keluarga mereka.

"Perangai angah memang selalu macam tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut.

Malah, ada juga yang berkongsi perangai sama adik beradik mereka. Ada juga yang cuba untuk mengusik salah seorang lelaki di dalam video itu kerana wajahnya yang tampan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 419.7K views, 66.6K likes dan 937 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Busy betul ya tengok si Angah tu. Tak tahu apa sebenarnya yang dia buat :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: