seismik

[VIDEO] Sakat Kawan 'Melatah' Sambil Nyanyi, Aksi Lelaki Ini Buat Ramai Tergelak. Lawak!

Lawak weh!

Cover image via @daudreny46 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap orang pasti mempunyai keunikan tersendiri pada diri mereka yang tidak semua ada

Seperti contoh adalah perbuatan melatah. Melatah merupakan satu reaksi spontan daripada seseorang apabila mereka terkejut dengan sesuatu benda.

Malah, orang yang kuat melatah ini selalu dibuli oleh kawan mereka untuk dijadikan bahan lawak. Ada saja idea mereka untuk mengenakan orang-orang seperti ini.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki melatah semasa sedang menyanyi mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@daudreny46

Balas kepada @princessofmulan abg @kuz4iry la yg tukang kacaunya. Gelak sakan ye bang ##latah ##fyp ##daudreny46 ##viral ##tiktok ##lawakmalaysia ##funny

bunyi asal - daudreny46

Tengah syok menyanyi sekali kawan kacau sampai melatah

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan lelaki sedang berada di sebuah studio untuk menyanyi bersama. Kedengaran mereka menyanyikan lagu lama dengan cara tersendiri.

Namun, secara tiba-tiba seorang daripada mereka meminta agar menarik bahagian korus dan itu membuatkan salah seorang itu terkejut lalu terus melatah sambil menyanyi.

Rupa-rupanya kawan mereka itu memang kuat melatah dan mereka sengaja mengenakannya. Aksinya itu turut membuat kawan-kawannya tergelak melihatnya. Malah, dia juga sering menjadi usikan kawan-kawannya itu.

Lihat video penuh lain di bawah:

"Banyak kali ulang, elok mata ngantuk jadi segar" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut.

Malah, ramai yang tidak menyangka lelaki itu akan melatah sebegitu rupa. Ada juga yang sampai berulang-ulang kali melihat video tersebut tanpa jemu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.2M views, 67.7K likes dan 1,028 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak baik korang gelakkan, kesian dia kena usik dengan member ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: