seismik

Baru Nak Sedih Ucap Selamat Jalan, Tapi Kakak Pula Tak Sengaja Buat Situasi Jadi Kelakar

Terus tak jadi sedih. Hahaha.

Cover image via @Amirahathrhh (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kini, perjalanan untuk menunaikan umrah sudah pun dibenarkan dengan syarat anda haruslah mendapat vaksin yang lengkap

Pasti ramai yang tidak sabar kan? Iyalah, selepas satu tahun lebih ditangguhkan akhirnya mereka membenarkan kembali pelancong luar dengan syarat yang ketat.

Situasi itu sama seperti video yang tular di Twitter ini apabila seorang gadis berkongsi perjalanan umrah kakaknya yang bertukar menjadi insiden lucu.

Lihat video penuh itu di bawah:

Baru nak bye-bye kakak sekali beg pula terjatuh

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita dan seorang lelaki sedang berada di KLIA. Difahamkan, mereka berdua ingin pergi untuk menunaikan umrah.

Namun, semasa adiknya sibuk merakam dan mengucapkan selamat tinggal, wanita itu dengan tidak sengaja terlepas beg tariknya hingga terjatuh turun dari eskalator.

Situasi membuatkan keluarga wanita itu tergelak kerana tidak tahan dengan kejadian itu.

"Nasib baik zaman pakai mask, tak adalah malu sangat" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat situasi tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 195.6K views, 7,427 retweets dan 15K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Amboi, beg dia pula yang beria tak sabar ya nak pergi dulu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: